Tuesday, 1 October 2013

1001 macam cara menipu sekarang ni..

Haa.. Pe komen korang dengan title tu.. Memang banyak la bangsa yang macam ni kan sekarang.. so hati2 yer.. InsyaAllah selagi Allah xduga kite, mmg kita dapat elak.. Tapi sekali diduga kdg2 tersungkur gak kan.. Sabar dik.. Tikar Sejadah leh jadi peneman menangis... 

Meh Kak Lin ringkas kan penipuan yang selalu jadi zaman sekarang ni...


** Bidang HARTANAH 

Berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. 

TAPI!!!! Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain. Ataupun tanah tersebuat merupakan tanah pertanian yang tidak boleh dibuat perumahan atau ape2 pun..  

Contoh Penjualan tanah di UIA Gombak RM60,000 Signboard KUNING
** Bidang HAJI DAN UMRAH 

Menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.  

TAPI!!!! selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan 

Contoh Seorang perempuan yang mengambil bayaran RM5,000 setiap sorang untuk Umrah dan janji nak jumpa balik bulan depan..Last2 CABUT lari... Sorry Nama tak ingat..
** Bidang JUAL BELI KENDERAAN 

Mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank akan menjadi sasaran. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh tolong jual kereta dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Ada juga kes yang mana jual kereta sambung bayar pada sipenipu dengan harapan mereka akan menyambung bayaran di bank. Tapi malangnya, bayaran kereta tertunggak dan ada yang menggunakan kereta tersebut untuk jenayah. 

TAPI!!!! Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala penipu dah menghilangkan diri bersama kereta. 

Contoh Menyamarkan diri katanya dari kedai jual kereta.. Sangat top dalam majalah.com

** Bidang SEWA TANAH UNTUK PENCAWANG 

Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.  

TAPI!!!! Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung. Dan sedar ditipu bila tak dapat mengesan orang yang selalu dihubungi..

** Bidang SYIRIK (Bomoh, Pawang, Tukang tilik, Orang Kuat) 

Buang Sial - Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan.  

TAPI!!!! Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri. 

Contoh Biarkan link berbicara... bomoh-cabul-pelajar-dipenjara

** Bidang HADIAH LUMAYAN  

Gores dan Menang - Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

Menang cabutan bertuah dari Hong Kong -  Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh. 

TAPI!!!! Mangsa kebanyakkan tak ramai yang sedar diri telah ditipu.. Golongan mak mak la kebanyakan nya.. Bil adah ditegur orang lain yang bayaran tak setimpal dengan hadiah barulah sedar dah kena tipu. 

Contoh Kat area Megamall Penang memang banyak geng2 dorang ni..

** Bidang CEK / BANK DRAFT 
Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek.

TAPI!!!! Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud. 

Contoh Rasenye sekarang dah kurang masalah ni sebab pembelian guna CREDIT/ATM/DEBIT card je yang dibenarkan

** Bidang JUAL BARANG KASTAM 

Yang ni paling femes... 

Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan/rampasan kastam untuk menyakinkan mangsa. Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian.  

TAPI!!!! Mangsa hanya sedar bila penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.


Haaaaa... Amacam.. Pe yang korang pernah kena... Ni belum masuk penipuan dalam FB, Jualan barang online, main kutu, loan bank, ansuran HP, dll...


******** Haaaa takkan baca je.. kongsi lah cikit...******** TQ




 
 

No comments:

Post a Comment