Monday, 23 September 2013

Pengalaman aku diserang APENDIKS....

Assalamualaikum,

Harini Kak Lin nak stori pasai Kak Lin operation Apendiks aritu...Apa yang korang tau pasal apendiks.. ? Pernah dengar tak orang tua2 cakap kalau operate Apendiks nanti susah nak ada anak.. Pernah ada pengalaman/ dengar cerita Apendiks pecah tak... OK ni kisah Kak Lin... Mungkin lain dari yang lain..

Kisahnya bermula begini....

Since Bulan Mei 2013, Kak Lin kerap ke klinik sbb sakit di bahagian depan kanan perut dekat2 dengan bahagian pinggang. Tapi bila pergi ke klinik, Kak Lin akan dapat result yang sama yakni U.T.I..  Dipendekkan cerita, sampai la bulan puasa tahun ni.. lebih kurang baru seminggu puasa.. Kak Lin sakit teruk masa lepas sahur.. Kak Lin di attack kencing berdarah.. MasyaAllah sakit nye Tuhan saje yang tau.. Lebih 10 kali Kak Lin ke tandas selang 2 minit.. Sakit sangat2 sampai Kak Lin makan Ponstan hasil berian suami..Pagi tu terus tido n tak pergi kerja.. Paginya Kak Lin ke klinik lagi, dan jawapan nya masih U.T.I.. Bayangkan dari Mei - July, 4 klinik Kak Lin pergi, 4 dokter check, MC tak payah ckap la..semua cakap U.T.I.. dan diberi ubat lawas dan air payau tu... Ya Allah sengsara nya dugaan mu Ya Allah.. sampai Kak Lin fedup nk p klinik ag.. Gleneagles Hospital and Medical Centre pun penah pegi tau.. Bapak giler mahai bil dia.. 1st n last la tuh..hahahaha.. :) 

Satu hari, Kak Lin wat keputusan nak kol Columbia Asia.. Sebabnya, Kak Lin penah disahkan ada PCOS masa Bulan July 2012.. Kak Lin sangkakan ni ada kaitan dengan PCOS. Sebab sebelum tahu ada PCOS tu pinggang Kak Lin bengkak sebelah.. Last2 p check kat Columbia Asia Taiping dokter sahkan ada PCOS. Baru sebulan kahwin masa tu :( Masa p jumpa Dr Sheeda Columbia Asia Cheras dia scan dan nampak ada cyst 3x4cm di ovari kanan dan PCOS di ovari kiri.. Hadoiyai... Cyst plak dah... Dokter bg ubat untuk surutkan n kalau dalam masa 2 minggu masih sakit kena datang balik.. 14 Ogos 2013 Kak Lin pergi balik ke Columbia Asia sebab sakit tak kebah2. Dokter scan ag n TADAAAA... Cyst dah pecah.. Alhamdulillah tapi kenapa masih sakit ek.. Dokter suggest refer ke bahagian buah pinggang lak.. P cek semua bagai, TADAAAA lagi... buah pinggang ok.. MasyaAllah apa kah ini.. Dokter sheeda bagi kat kawan dia plak dokter surgery usus...

......... Awak perlu masuk ke Wad untuk pemeriksaan lanjut. sebab hasil scan tak nampak apa2... Ayoyo masuk wad ka.. saya seriau la dokter.. Terpaksa akur jela.. sebab tak tahan sakit dah.. 14/8/2013 Bermulalah idup warded, tak pernah dapat rilek.. pas check tu check ni check nun check nin.. adoiii penat..Malam Day 1 Xray. 15/8/2013 Day 2, diberi ubat cuci perut (siyes memang sengsara ubat tu) dan kena puasa sebab nak Xray ag.. 2x Xray, no result.. Petang nya masih puasa, wat MRI scan lak.. n resultnya buah pinggang ada cyst tapi tak bahaya yang lain normal.. Masih xckup membantu kes lagi.. Malam nya diberi ubat cuci perut lagi n puasa ag sbb sok nak masuk kamera kul 8pg... Masuk kamera tu namanya Endoskopi.. Masuk dari mulut dan tutttt... hahahaha... malu woiii.. 16/8/2013 Dari kul 8.00 - 9.30 prosedur.. Resultnya....... TADAAAAA... awak ada Apendiks... Dah bengkak dan panjang sebab tu tmpat awak sakit tak macam orang lain sakit..So susah dokter nak detect. Panjang apendiks normal 2-2.5 inci, tapi Kak Lin punya 3.5inci..Walawehhhhh.. Apendiks upenya.. Then selama ni yang dokter kata U.T.I tu hape.. wat penat saya makan ubat tau.. Pengalaman Endoskopi sangat xdapat dilupakan atau diceritakan... Petangnya... Kul 7.00 mlm Kak Lin dimasukkan ke bilik operation... dup dap dup dap... ayoyo takutnye... ni 2nd operation. 1st Wrist Right Hand Gangglion.. Tapi operation ni yang teruk la.. Gangglion tu ilek je. Siap leh tgk ag... Kul 8.30 siap sume... Jeng3... Tidurlah daku dengan lena nya...Bye Bye sayangku Apendiks




Malam tu kul 10 dah jaga... Perut dah kena tebuk.. Sakit kurang sikit dari yang sakit sebelum ni.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Rehat la saya dengan hepinya malam tu.. Kaedah operation Apendik dah tak macam dulu men potong2.. Sekarang tebuk2 lak.. Cmni dokrg wat ....



Nampak seriau n takut.. Time tu tak rasa apa pun.. dah kena ubat bius.. mimpi indah je..hehehehe... Dokter siap bagi CD tau, So kita tau apa dorang wat masa kite mimpi tu.. Ari2 leh tgk.. Kalau nak la.. Mama Kak Lin pening tgk CD tu..hehehe Sekarang ni tgl kesan sikit jela.. Dan penjagaan tak seteruk belah perut tu.. Yang kat pusat tu dia tebuk 10mm... kiri kanan tu 5mm..kecik je.. Minum Polloney selalu ok la cepat tutup luka..  yang penting MC 3minggu okeyyyy... :)

Ok kite p next chapter lak... Appointment 27/8/2013... dokter explain apa ade kat Apendiks yang telah dipotong tu... Result menggemparkan lagi... Ade Carcinoid Tumor dalam Apendiks yang dibuang tu.. Carcinoid ni ketumbuhan yang rare. Jarang orang kena. Dan selalunya dapat dikesan bila de operation melibatkan usus or apendiks. Dia tak perlu kimo bagai, kena trus surgery je. Boleh detect kalau dah teruk je dengan tanda2 muntah, ceri beri tak tentu pasal, badan panas, sembelit, kerap muntah.. Alhamdulillah dia terpotong sekali masa operation ritu. tapi dokter masih nak pantau takut ade terselit kat tempat len.. Minta2 tiada result yang mengejutkan lagi.. Akak sengsara la.. Nak terima result tu pun susah. Tambahlak kerap sgt menyusahkan family dan suami.. cian dorang... Nanti Kak Lin stori pasai Carcinoid tu k..

Apa Itu APENDIKS....

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam bahasa Inggeris, vermiform appendix (atau hanya appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum ( caecum ).

Stomach colon rectum diagram - ms.gif
Apendiks terbentuk ketika embrio dari kaekum. Dalam orang dewasa, apendiks berukuran purata 10 cm panjang tetapi berbeza antara from 2-20 cm. Sungguhpun lokasi asas apendiks agak tetap, lokasi penghujung apendiks boleh berbeza dari ( retrocaecal ) ataupun di pinggang ( pelvis ) sehinggalah terletak di ( peritoneum ).
Sungguhpun kebanyakan orang percaya apendiks tidak berguna dan organ sisi, sesetengah yang lain percaya bahawa apendiks mempunyai fungsi dalam sistem lymphatik ( lymphatic system ).
Operasi pembedahan membuang apendiks dikenali sebagai appendektomi.





Punca dan Simptom APENDIKS...

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.


Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

Faktor Penyebab APENDIKS...

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :
  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.
Simptom - Simptom APENDIKS...

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

Bila Pelu Jumpa Dokter...

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

Komplikasi APENDIKS...



  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).
Rawatan yang dibuat...
 

PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.



Tq Dokter atas semua jasa baik anda selama saya sakit ni...
Tq suami sebab jaga saya sakit dari kite kapel lagi...
Tq pada mama sebab tahan dugaan anak mu ini...
Tq pada semua yang mendoakan kesihatan saya...

Sayang nya kamu pada saya, Sayang lagi saya pada kamu.. Tapi Allah swt sayangkan saya lah dia bagi saya dugaan tanpa henti.. aminnnn terima kasih Ya Allah.. kedilnya aku dimata Nya.. Tapi besar dan hebatNya dia tak terkata...

1 comment:

  1. saya sejak smlm sakit perut..mcm masuk angin..lps sapu minyak pun x hilang2 lg..hmpir 5 jam sya tahan sakit perut yg teruk..lps tu sakit sikit hingga skrg..bila tekan dia jd sakit.....

    ReplyDelete