Thursday 19 September 2013

Cara buka Akaun Paypal :: Cara pindahkan wang dari Paypal :: Cara keluarkan wang dari Paypal

Jom kita belajar mengenai Akaun Paypal…!!!! (^___^) ayat2 cikgu yang tak bertauliah..hehehehe


Apa itu akaun Paypal.. Paypal berfungsi sebagai alternatif dalam talian untuk kaedah traditional mengirimkan wang seperti cek dan kiriman wang. Sejak beberapa tahun ini hamper semua bank di Malaysia telah mengiktirafkan Paypal. Menggunakan Paypal anda boleh menerima wang dan membuat bayaran jika membeli barangan di Internet.

Bila pembayaran upah anda di buat ke akaun Paypal anda boleh pindahkan ke akaun bank anda dengan segera.Proses pindahan hanya mengambil masa 2-3 hari bekerja, hampir sama dengan masa untuk menunaikan cek tempatan.

Pendaftaran akaun Paypal adalah PERCUMA.

Yuran pengeluaran ke akaun bank pula adalah seperti berikut:
Kurang dari RM400.00    : RM3.00
Lebih dari RM400.00       : PERCUMA

Untuk buka akaun Paypal Premier >>KLIK DISINI <<
 
Pengesahan Akaun PAYPAL

Untuk mengesahkan akaun Paypal, anda perluka kad kredit atau kad debit. Jika anda tidak mempunyai Kad Kredit, boleh gunakan Kad ATM Debit dari mana2 bank tempatan yang ada logo VISA atau MASTER kat kad dia tuh.. Boleh bank seperti : Maybank, Hong Leong, Public Bank, BSN, Bank Islam, RHB, Affin Bank dan AmBank.

TAPI !! kalau tak de kad debit atau kad kredit…

Jangan risau, akaun Paypal masih boleh digunakan. Beza antara akaun yang disahkan dengan tidak hanya limit pengeluaran sahaja. Untuk akaun tidak disahkan, limit maksimum pengeluaran adalah USD$100 sehari.

Cuma, kalau boleh anda perlu sahkan akaun supaya proses bayaran oleh majikan lebih mudah dan tanpa ragu2.

Withdraw Akaun Paypal

Untuk withdraw duit dari paypal, anda perlu add atau link akaun bank anda dengan mereka. Ia selamat dan Paypal telah di iktiraf oleh Bank Negara Malaysia untuk tujuan ini.

Anda boleh gunakan mana-mana akaun bank tempatan milik anda, jika anda risau tentang duit dalam akaun bank anda. Gunakan akaun yang anda jarang gunakan. Selain akaun yang dimasukkan gaji dan simpanan.

Cara2 add link >>KLIK DISINI <<

Berikut adalah bagaimana anda memindahkan wang ke akaun bank anda:
  1. Log masuk ke akaun Paypal anda dan klik “My Account” 
  2. Klik “Withdraw”  di bahagian atas halaman
  3. Klik “Withdraw funds to your bank account” 
  4. Masukkan maklumat anda dan klik “Continue” 
  5. Klik “Submit”

Tempoh masa untuk wang dipindahkan ke akaun anda adalah 1-3 hari bekerja. Nilai USD$ akan ditukar kan kepada Ringgit Malaysia mengikut nilai mata wang pada ketika pemindahan.

 

No comments:

Post a Comment