Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Friday, 11 October 2013

KENCING KOTOR semasa HAMIL...

Assalamualaikum semua,

Hari ni Kak Lin nak share pasal stori UTI ni.. Memang kerap ibu mengandung akan mengalami masalah ni..Termasuklah Kak Lin. Sebab nye dan apa perlu buat ramai yang pening2 ag.. Hehehe..

Apa punca sebenar air kencing kotor??





Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

Wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana selain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.Sewaktu hamil otot saluran kencing sangt lemah dan menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.D alam waktu yang sama rahim semakin membesar dan ianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya.Air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kuman dan kuman tu akan membiak.


Senang terjadi kepada yang ada history kencing kotor.. Ibarat "Semut dapat rumah la.."hehehe bedal je.. bila kite da pernah ada history, kuman yang dulu pasti akan tertinggal sedikit kat dalam badan kite, jadi bila kite susah nak kencing ni, dia akan membesar balik la.. dan beranakpinak dalam kantung kencing tu...



Bagaimana mencegah kencing kotor??
** bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.
** minum banyak air putih.6-8 gelas sehari.
** terus buang air kecil jika terasa hendak kencing.
** selepas buang air kecil biasakan mengelap dari depan ke belakang
untuk mengelak kan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
** sebelum dan selepas melakukan hubungan seks, buang air kecil dan cuci dengan bersih.
** tukar tuala wanita dengan kerap.
** kurangkan minuman manis dan berkafein.
** kerap menukar seluar dalam kerana wanita hamil akan mengeluarkan cairan dari vagina

Kak Lin xpasti boleh minum Cranberry Juice or tak.. Nanti Kak Lin try tanya dokter yer...Sebab minuman ini memang terbukti bagus dan berkesan jika kena kencing kotor ni..  Nanti Kak Lin bagi latest info pasal Cranberry ni untuk ibu Hamil yer..



Kalau ada masalah kencing kotor, langkah terbaik jumpa dokter dalam kadar segera. ASAP.. sebabnya, UTI juga dikatakan boleh menyebabkan kematian bayi dalam rahim.. Hati2 yer para ibu2 sekalian. Jangan ambil mudah yer.. :)

Bagaimana mengenali tanda-tanda AWAL KEHAMILAN...

Tanda - tanda Awal Kehamilan






Terlambat haid bukanlah satu-satunya tanda awal kehamilan. Bahkan, ketika Anda menganggap diri Anda masih haid sekalipun, bukan berarti saat itu Anda sedang tidak hamil. Maka, Apakah tanda2 yang jelas menunjukkan... 

Anda benar-benar hamil?

Melissa Goist, M.D, dari Ohio State University Medical Center, mengatakan, apabila terjadinya kehamilan, badan anda akan memberi reaksi tersendiri. Petanda paling tepat dan mudah, adalah dengan menjalankan UPT (Urine Pregnancy Test)

Berikut adalah tanda-tanda hamil yang terjadi semasa anda HAMIL.




1. Payudara bengkak 
Memakai bra terasa seperti terseksa, kerena payudara tiba-tiba  membesar dan terasa nyeri jika disentuh. Ditambah lagi, warna areola "puting" yang lebih gelap dari biasanya

2. Cepat letih
Biasanya, anda sanggup membaca beberapa bab novel sebelum tidur. Tapi sekarang, anda tak sanggup membaca satu halaman pun. Kalau boleh, ari2 nak tidur je.. 

3. Mual 
Setiap pagi, anda bangun dengan perut mual dan perasaan ingin muntah. Seringkali, rasa mual berlangsung sepanjang hari. Ini bergantung kepada individu. 

4. Sering buang air kecil 
Tidur malam terganggu, kerena selalu terbangun untuk pergi ke toilet. Waktu kencing yang tidak menentu. Perkar aini terjadi kerana rahim anda sedang membesar dan ianya menekan saluran kencing anda.

5. Sakit kepala 
Tiba-tiba saja, anda sering mengeluh sakit kepala. Jika anda memutuskan untuk makan ubat sakit kepala, pilih yang mengandung acetaminophen kerena ianya tidak akan menjejaskan kehamilan dibanding ibuprofen. 

6. Sakit Punggung
Biasanya, anda tidak punya masalah dengan sakit punggung. Namun kini, punggung bagian bawah terasa nyeri. Jika anda benar hamil, gangguan ini akan kerap berlaku hingga melahirkan anak nanti. 

7. Perut Krem (Senggugut)
Perut terasa kembung dan krem, gejala yang biasa anda rasakan tiap kali datang haid. Anda menduga ini hanyalah salah satu dari gejala PMS setiap bulan. Jangan risau, ni bukan bermakna ada sedang menghampiri tarikh haid yer.

8. Ngidam atau menolak makanan tertentu 
Tanpa alasan yang jelas, anda pasti akan teringinkan sesuatu secara tiba2, yang sebelumnya mungkin bukan makanan kegemaran anda. Atau sebaliknya, Anda tiba-tiba tak tahan dengan makanan yang selama ini jadi kegemaran Anda. Selalunya terjadi pada usia kehamil 3bulan keatas. Tapi tak mustahil untuk jadi diawal kehamilan.

9. Sembelit dan kembung 
Skinny jeans yang yang sebelum ini muat je, tapi sekarang rasa sendap dan tak muat (terutama di bagian perut!). Sembelit dan kembung yang anda rasakan belakangan ini juga membuat perut buncit.

10. Perubahan mood  

Tanpa alasan yang jelas, anda suka marah-marah pada suami. Ada juga yang menangis tanpa sebab. Perasaan anda minggu ini naik turun seperti rollercoaster. :) De gak kes yang asyik hepi je...

11. Peningkatan suhu tubuh
Umumnya, suhu tubuh anda di pagi hari masa bangun tidur dan sebelum melakukan aktiviti apapun sekitar 35,5 - 36°C. Suhu ini akan meningkat menjadi 37 - 38°C saat masa subur (+- 2 atau 3 hari). Tapi tanda anda hamil jika suhu meningkat berpanjangan walaupun dah melebihi tempoh subur (ovalution)

12. Sensitif pada bau 

Anda tak tahan pada segala macam bau, macam2 bau.. Kadang bau makanan, bau badan, bau kaki ..hehehe.. sampai kan anda berasa mual dan nak muntah..
 
13. Pening dan pengsan

Anda secara tiba2 rasa pening yang teramat dan boleh membawa ke pitam or pengsan. Hati2 ya.. Kerana pengsan pun leh buatkan anda gugur.

14. Tompok darah kecil 
Jangan risau, perkara ini biasa berlaku pada sesetengah orang.. Jika kecil dan sedikit dan tidak berpanjangan maknya itu bukan HAID.. Buat pemeriksaan dokter ya..  

15. Gejala PMS 
Anda merasakan tanda2 period seperti selalu.. Tetapi tak period2 pun.. Paham2 jelah..hehehe p cek dokter la.

16. Positif Pregnancy Test (UPT) bukan Ovalution test tau

Hasil UPT menunjukkan tanda positif! Apakah itu bermakna anda benar-benar hamil? Belum tentu! Anda akan dapat kepastian apabila berjumpa dokter dan melakukan pemeriksaan USG. 




17. Ada janin yang berkembang di dalam rahim Anda
Pemeriksaan USG menunjukkan titik kecil yang bergerak-gerak di dalam kantung kehamilan? Selamat! Jaga perkembangan si kecil hingga tiba waktu bersalin ye, Ma!

Tahniah bakal IBU.. Anda telah selangkah kehadapan dalam perjalanan Perkahwinan.. Bagi yang belum atau berduka dengan keguguran, sabarlah.. Rezeki ada dimana-mana... (^____^)

Wednesday, 2 October 2013

Nama dalam ISLAM.....

Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu. Peribahasa ada menyatakan bahawa;
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.
.
Dalam satu majlis, seorang anak menemui Khalifah Umar dan bertanya mengenai hak seorang anak ke atas bapanya, beliau telah menjelaskan: “Memilih ibunya, memperelokkan namanya dan mengajarkan kepadanya al-Quran.”
Sebab itu setiap pemilihan, sebaik-baiknya ada tujuan dan dengan maksud yang boleh menjadi atau mengandungi doa, boleh dipercayai serta berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut.
.
.

Kekal Sehingga Akhirat.

Islam menganjurkan pemilihan nama yang baik, kerana ia lambang identiti seseorang dan nama itulah ia akan dikenali sepanjang hayat dan menjadi sebutan sampai ke hari akhirat. Apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, maka pada sepanjang hayatnya, mereka seolah-olah berdoa untuk anak tersebut.
.
Seorang Muslim wajib percaya kepada hari kebangkitan dan perlu mengakui bahawa nama yang diberikan kepada anak di dunia akan kekal digunakan di akhirat.
Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
.

Hari Memberi Nama

Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW;

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)
.
Rasulullah SAW juga pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. yang menceritakan;

وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ

“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW, maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
.
Maka, adalah menjadi sunnah, menamakan bayi pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Imam Nawawi dalam al-Azkar menegaskan; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya”. Manakala Imam Bukhari menjelaskan; “Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh, maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya.”

Panduan Memberi Nama Anak dalam Islam

Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut;
.
a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ

“Sesungguhnya kamu semua akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)
.
b) Nama yang paling baik/paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW;

إنَّ أحَبَّ أسْمائكُمْ إلى اللّه عَزَّ وَجَلَّ عَبْدُ اللّه، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)
.
c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.
i)  Sabda Baginda SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
.
ii)  Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan; “Seorang lelaki dari kalangan kami baru memperolehi anak dan ia memberi nama anak itu ‘Muhammad’. Lalu kaumnya berkata kepadanya; ‘Kami tidak akan membiarkan kamu memberi nama dengan nama Rasulullah SAW. Maka lelaki ini pun pergi menemui Nabi SAW dengan membawa anaknya di atas belakangnya. Ia bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, dilahirkan untukku anak dan aku menamakannya ‘Muhammad’, lalu kaumku berkata kepadaku; ‘Kami tidak akan membiar kamu menamakan dengan nama Muhammad.” Lantas Rasulullah SAW menjawab;

تَسَمَّوْا بِاسْمِي، وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِي، فَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، أَقْسِمُ بَيْنَكُمْ

“Berilah nama dengan namaku, akan tetapi jangan memanggil dengan panggilanku (iaitu Abul-Qasim) kerana sesungguhnya aku adalah Qasim (pembahagi) yang membahagi di antara kamu.”   (Riwayat Imam Muslim)